UMS
Tidak dinafikan universiti ini adalah sebuah universiti yang tercantik di Asia Tenggara maka tidak hairanlah web ini juga cantik pada pandangan saya, web developer pandai menggabungkan warna dalam contrast yang berbeza. Interface web ini juga menarik,kerana design yang digunakan cukup membuatkan mata pengguna terpegun melihatnya. Saya suka dengan susunatur gambar yang dijadikan pautan untuk ke web lain. Border yang digunakan mempunyai bentuk yang menarik,sedap dipandang.Kualiti gambar yang digunakan juga amat baik. Begitu juga dengan gambar selamat berpuasa yang diletakkan ditepi pautan gambar. Grafik yang digunakan amat memuaskan hati dan masuk dengan warna web. Susunatur pautan juga kelihatan kemas dan teratur,banyak pautan yang diletakkan dan ini menggambarkan web ini padat dengan maklumat didalamnya. Web ini juga mempunyai search engine, dimana para pengguna dapat mencari maklumat didalam web ini ataupun pada search engine google.
No comments:
Post a Comment