28 October 2008

WEB IPTA

UTM


Sama seperti web yang terdahulu, web ini hanya memakan ruang sebanyak 2/3 sahaja,sacara tidak langsung ia membuatkan web ini tampak kemas. Para pengguna juga tidak perlu untuk scroll untuk melihat bahagian yang terlindung. Akan tetapi web ini kelihatan terlalu kecil berbanding web lain. Banyak kelihatan ruang yang kosong. Lebih cantik jika dibesarkan sedikit saiz web ini bagi menutup ruang yang kosong itu. Web ini menggunakan warna biru dan putih sebagai warna tema. Saya suka cara pautan dibahagian body disusun, ditambah pula dengan penggunaan button yang comel. Begitu juga dengan pautan di bahagian bawah web disusun. Penggunaan border disekeliling pautan tersebut membuatkan ia kelihatan lebih kemas.

No comments: