28 October 2008

WEB IPTA

UTEM


Ringkas dan kemas, itu yang dapat saya gambarkan mengenai web ini. Design yang digunakan sesuai dengan universiti ini sebagai universiti teknikal. Warna yang digunakan juga sesuai dengan design web. Walaupun tidak menggunakan warna logo seperti mana web lain, cukup untuk membuatkan web ini kelihatan begitu cantik. Ruang yang digunakan juga tidak banyak seperti web yang lain. Hanya mengambil 2/3 ruang sahaja. Ini secara tidak langsung membuatkan web ini kelihatan begitu kemas. Para pengguna tidak perlu scroll bagi melihat bahagian yang terlindung.Web ini juga mempunyai search engine untuk memudahkan para pengguna mencari maklumat yang mereka inginkan dalam masa yang singkat. Susunatur pautan juga kelihatan kemas, setiap pautan diasingkan dengan teratur.

No comments: