28 October 2008

WEB IPTA

UNIMAP


Web ini kelihatan seperti sebuah web kerajaan, ini kerana design dan warna yang digunakan adalah pelbagai. Cukup cantik pada pandangan, ini kerana web designer pandai mengimplikasi warna dalam web ini, hasilnya web ini tidak nampak serabut walaupun banyak data yang diletakkan dan sedap mata memandang. Icon yang digunakan bagi pautan e-perhidmatan juga cantik, berbeza dengan web yang lain yang mana hanya menggunakan teks semata2 dan juga gambar biasa. Apa yang menarik pada web ini adalah ia mempunyai 5 bahasa pilihan iaitu bahasa melayu, bahasa inggeris, bahasa cina, bahasa arab dan juga bahasa thai. Sebaiknya ditambah satu lagi jenis bahasa yang amat penting pada pendapat saya iaitu bahasa tamil, ini kerana Negara kita mempunyai pelbagai kaum. Susunatur setiap pautan juga teratur dan kemas, mudah untuk para pengguna melihat. Search engine juga terdapat pada web ini seperti yang terdapat pada sesetengah web yang lain,dimana memudahkan pengguna mencari maklumat dengan cepat dan menjimatkan masa.

No comments: