UMK
UMK adalah sebuah universiti yang baru bertapak ditanah air, kita dapat lihat pada design web ini ada sedikit kekurangan. Jika dilihat pada bahagian kiri web ini, ruang yang digunakan terlalu banyak bagi menempatkan gambar yang pada pendapat saya tidak terlalu penting kalau nak dibandingkan dengan bahagian tengah web itu sendiri. Sepatutnya gambar tersebut hanya diletakkan didalam ruang yang kecil sedikit dimana bahagian tengah yang dirasakan amat penting bagi saya dapat dibesarkan. Elok sekiranya gambar tersebut diletakkan didalam satu kotak ataupun dengan kata lain diletakkan frame bagi menampakkan kekemasan.Kalau kita lihat, susunatur web ini juga berterabur. Sepatutnya info UMK diletakkan pada bahagian atas halaman, ini kerana perkataan Selamat Datang Ke Laman Web UMK tidak sesuai diletakkan pada bahagian bawah, terlalu janggal pada pendapat saya. Apa pun, ini cubaan yang bagus bagi sebuah universiti yang baru bertapak…
No comments:
Post a Comment